Monday, April 16, 2012

bab 1 (al quran menjana kecemerlangan hidup)

AL-QURAN MENJANA KECEMERLANGAN HIDUP:
Ayat hafazan:

surah al-Baqarah ayat 1-5.

1.1 AL-QURAN PANDUAN HIDUP MUKMIN:


  1. Al-Quran kitab suci yang terakhir diturunkan oleh Allah S.W.T dan menjadi petunjuk kepada seluruh umat manusia sehingga hari Kiamat.
  2. Orang yang berpegang teguh dan beramal dengan ajaran Al-Quran dijamin mendapat kejayaan hidup didunia dan diakhirat.
  3. Al-Quran merupakan sumber rujukan pertama dan merupakaan cabang ilmu yang membahaskan pelbagai aspek yang meliputi hubungan manusia dengan Allah S.W.T, manusia dengan manusia, dan manusia dengan alam sekitar.
  4. Al-Quran merupakan sumber kecemerlangan hidup manusia kerana:


  • membawa manusia kejalan yang diredhai.
  • peraturannya digubal secara langsung oleh Allah S.W.T bertujuan membentuk keperibadian Muslim yang sejati.
  • membentuk etika hidup dan disiplin dalam diri manusia.
  • keimanan dapat dibentuk dan Allah memberi jaminan bahawa Al-Quran adalah penentu kejayaan dan kecemerlangan hidup di dunia dan diakhirat sana.
1.2 KELEBIHAN AL-QURAN:

* kandungannya terpelihara sehingga hari Kiamat.
* menjadi syafaat kepada umat manusia yang membaca dan mengamalkannya.
* dapat mententeramkan hati pembacanya.
* melindungi kita dari sebarang kecelakaan yang dibawa makhluk halus.
* ganjaran pahala diberikan kepada sesipa yang mebacanya.
bahasanya adalah bahasa yang indah dan tidak dapat ditandingi.

No comments:

Post a Comment